Saturday, March 7, 2009

menyusun kata

pada hari ini
saya akan berbicara menggunakan
bahasa ibunda saya yang tercinta iaitu Bahasa Melayu.

di saat ini,
dapat saya rasakan lubang hidung saya yang sedia ada besar ini semakin mengembang
dek kerana haruman kebanggan yang semakin menusuk ceruk-ceruk dalaman hidung saya.

oh.. pastinya tidak lain lagi tidak bukan kerana kerja rumah yang dititipkan
oleh Pn Zunaidah telah berjaya saya siapkan beberapa minit yang lalu.
ingin saya nyatakan di sini bahawa beliau telah mewasiatkan kami
2 buah karangan berhantu yang perlu disiapkan dalam tempoh 4 hari.

kedengaran lama bukan?

tetapi lain situasinya jika anda berada di atmosfera saya ketika ini.
terhegeh-hegeh ke sana sini mengejar masa yang tidak terkejar.
masakan masa dapat dikejar.
dilihat pun juga mustahil.
namun begitulah fitrahnya hidup bersama masa.

saban hari semakin banyak pendapat yang saya utarakan tentang masa.
maafkan saya jika perkara itu mengusutkan lagi
rongga-rongga blog saya yang sememangnya kusam lagi usang ini.

sesungguhnya ini blog saya.
saya mempunyai hak sebagai pengguna bijak.
serta saya bukanlah pelajar sekolah yang hangat diperkatakan dalam media massa
kerana saya tidak berminat menyertai sebarang pertandingan realiti seperti
Bintang Klasik Nasional mahupun Bintang RTM.

membelek buku pun payah apatah lagi terkinja-kinja
melontarkan vokal yang kurang lemak merdunya
di hadapan lautan manusia asing.

oh tidak.
mungkin saya perlu diberi suntikan kaunseling
jika suatu hari nanti terpampang di dada akhbar,
'SARAH SABRINA MEMENANGI BINTANG KLASIK NASIONAL 2010'

saya berdoa supaya tidaklah sedemikian
bermulanya kerjaya pertama saya.

sekian sahaja bebelan saya.
saya ingin ke meja makan untuk mengisi perut yang semakin rancak berkeroncong ini.


cheers to poltergeist bebeh! =)

2 comments:

ustazah faridah yang nakal said...

kamok ito kenapak?
lagi mau caqap melayo baquk segalak!
kamok ito caqap sabah udah~
sabah ito bahasak ibundak kamo sama aqu!
jangan lupak ito~

.AinMo. said...

ado0o0
mula2 bce mcm bm.
smkn lame, daa ala2 indon sih!
nih minah ats ni plop bhs sabah.
pergh.
multilanguage ya kamo0!